Aq akan terus d jalan ini |
Tirai dunia semakin gelap... langit menggelap, kelam duniaku... seiring dengannya, semangatku kian luntur.. dari jendela bilik... ramai kulihat manusia sibuk.. tidak kutahu knapa, yg kutahu, urusan dunia menjadi prioriti. ingin kumengata mereka d hati, namun tatkala kulihat cermin, kusedar hatiku lagi kotor daripada mereka..
Aq merupakan seorang yg brperanan besar d maktab dulu... memegang jawatan besar... kuingat sudah cukup untuk memelihara diriku, namun khilafnya aq ketika sekarang ini... aq yg dnasihati.. aq semakin leka dengan dunia ini.. tangan dunia menarik aq perlahan-lahan masuk ke lautan ilusi palsu.. kakiku sudah tenggelam separuh ke dalam.. aq dbuai dengan nikmatmu dunia..
Solat? ya.. masih.. tapi jemaah? subuh terasa memberat badanku.. zikir? insyaALLAH.. tapi adakah zikir itu aq betul niatkan hanya kerana ALLAH atau ingn bermegah dgn org lain menunjukkan aq ini kuat agama? ALLAH yg MAHA MENGETAHUI... solat sunat? adalah dilakukan sikit.. QIAMULLAIL? alasanku tidak cukup tidur nanti.. ALASAN!!!!
Hanya dengan mengingatiNya, hati menjadi tenang... |
Aq sentiasa berdoa, "Ya ALLAH, bantulah aq dalam meningkatkan imanku..." tanpa usaha... aq terus berdoa.. jahil... tp.. aq terus berdoa.. mengharap ihsanNya.. dan.. pagi itu.. Dia dengar doaku...aq tidak tau yg pagi itu, Dia telah sediakan sesuatu untuk aq...
Pagi tu aq bengun lewat lagi.. subuh? Wallahu'alam.. aq solat.. tp lewat skit.. jemaah tertinggal.. aq mulakan dengan facebook... belum makan n mandi, jariku rancak berceratuk d papan huruf ini... seingatku, pukul 9 pagi...
"Assalamu'alaikum!... Syafiq!!"
Kubalasa salam itu dari suara yg tidakku kenali.. kubuka pintu... rupanya tabligh.. sepertu semua orang fikirkan tatkla dtemui tabligh.. "Alamak! nak kena brainwash laa nee!" itulah kejahilanku..
"Syafiq free x harini? jom kluar sehari? kita berdakwah... kita ikut jalan Nabi, para sahabat dan ulama', bahkan jalan yg patut dilalui umat islam.."
Hatiku berdetak laju.. aq tidak pernah keluar berdakwah d jalan ini...paling tidakpun, just beri ceramah... walaupun memberontak, kepalaku mengangguk... Ya Allah, kepala ini tidak bertindak mengikut arahan otak.. tetapi, arahan hatiku yg dahaga iman... sejurus, aq bersiap..
kami dbawa keluar dari UPM... d sbuah surau, kami berhenti... ada jemaah lain d sana.. mereka adalah orang yg terpilih.. aq rasa hina sngat... kuingat aq sudah cukup.. rupanya, jauh panggang dari api.. d sinilah... aq diajar semula.. aq dbawa semula ke jalan yg sepatutnya aq patut lalui dari dahulu lagi.. jalan ini.. berdakwah... rumah ke rumah, lorong ke lorong.. dahulu, tatkala aq d datangi oleh tabligh d rumahku, aq berfikir serong terhadap mereka.. sampai begitu skali.. namun kali ini.. aq tau sedikit pengorbanan mereka... mereka terus berdakwah.. walaupun ada yg menengking, menolak.. mereka setia d jalan ini..
aq pula hampir lemas d lautan nikmat palsu..
D pengakhir malam.. kami d bawa ke masjid besar kompleks serdang.. d situ, jemaah yg lebih besar.. budak medic, pertanian, engineering... walaupun berbeza pelajaran, yg dikejar tetap satu.. ALLAH.. mereka kluar 40 hari.. satu perkara yg menyebakkan aq kerana keluar seharipun aq keberatan, apatah lagi mereka ini, yg bersedia menyampaikan pesanan junjunganku..
"sampaikanlah dariku walau satu ayat"
Pesanan Muhammad.... d akhir hidupnya d dunia yg fana ini, dia mengingati kita, "ummati, ummati". harapannya agar kita menambung kerjanya, sebarkan dakwahnya.. aq terfikir... kalau bukan aq, siapa lagi? d dunia ada 7 bilion orang... muslim 3 bilion... yg amalkan agama berapa? yg menerapkan agama berapa? yg sanggup keluar berdakwah berapa? nilainya semakin kecil.. tugas ini.. akan ku sambung.. dan akanku menyuruh kau menyambungnya...
inilah jalanku.. aq akan melalui jalan ini.. jalan yang sama dilalui Muhammad.. Abu Bakar, Umar, Usman, Ali... Fatimah dan Aisyah juga... aq akan pilih jalan ini, yg pernah dilalui 124,000 orang dahulu.. jalan ini.. walaupun dgn airmata berserta darah sekalipun.. aq akan lalui jalan ini.. dengan semangatku yg semakin pudar.. tetap.. jalan ini yg aq lalui.. insyaALLAH...
inilah juga jalnmu sahabat... tidak diciptakan kita selain untuk beribadah.. jadikanlah hidupmu penuh ibadah.. kitalah generasi penyambung dakwah terulung ini.. tugas ini dbahumu.. galaslah penderitaan ini.. pengorbanan ini walau seberat mana, taanggunglah, kerana inilah tugasmu.. inilah jalanmu, jalanku, jalan kita semua..
Ya ALLAH.. aq ini manusia penuh dengan ksilapan... ku mohon, agar Dikau bimbinglah aq ke jalan yg benar ini Ya ALLAH... Bawalah rakan-rakanku ke ke jalan ini Ya ALLAH, sungguh aq menyayangi mereka... kurniakanlah hidayah kepada kedua orang tua kami, serta keluarga kami.. berbahagialah semua muslim d muka bumi ini d jalanMu Ya ALLAH.. Ya ALLAH.. Hanyalah keranaMu... InsyaALLAH... inilah .. jalan kita.
P/S: to lahajang, thx 4 inviting me.. may ALLAS bless u, and me.. we can go 4 some other time... i wud luv 2.. insyaALLAH.. kita akan pilih d jalan ini.
No comments:
Post a Comment