Sunday 13 May 2012

The Gate Of Destiny

Medic, jalanku, INSYAALLAH..
Hmmmm..... nazarku, apabila keluar pointer, kalau dapat 3.8 ke atas, aq akan bgtaw, reason aq pilih medic nee... emmm.. dan, ALHAMDULILLAH, seems like rezeki menyebelahi aq... 3,88.. itulah dia, angka yg menyebabkan blog ini dtulis.... dan, inilah dia.. pintu takdirku, The Gate Of Destiny..

Emmmm.... aq ingat lagi, selama 16 tahun aq hidup... aq cakap dgn mak aq.. AQ AKAN JADI PENSYARAH... dalam bidang apa, aq sendiri x pasti, berbalam2 menanti penantian...  aq fikir, aq akan jadi pensyarah dalam bidang yg aq minat.. menjelang tingkatan 1, kuputuskan bersandarkan pemikiran semata tanpa meminta restuNya.. pensyarah biologi...

Then, tkt 5 menampilkan dirinya... aq terfikir.. bolehkah aq survive jd pensyarah? sume kawan2 aq nak amik medic @ engineering... so... pensyarah? emmm.. aq think twice perkara ni... so, sum1 introduce me to this routine... SOLAT ISTIKHARAH..... and, tanpa banyak soal, aq amalkan je, seab, yg cadangkan aq benda ni, adalah org yg sgt berjasa dgn aq.. so, i cannot say no...

So, aq mulakan solat ini awal form 5... setiap sujud terakhir.. aq sentiasa doa.. "Ya ALLAH, berikanlah yg terbaik utk aq.. sungguh ENGKAU  MAHA MENGETAHUI YA ALLAH....."
hmmm... walaupun memenatkan.. aq try utk tidak meninggalkan... aq cuba,n gagahi jugak... demi mencari segaris cahaya masa depan, daripada pintu takdirku...

Hmmm... tiba hari yg dnanti... esok merupakan hari mengisi borang laluan pantas, utk menyambung ke IPTA... walhal, aq belum menemui jawapannya... aq kian runsing.. aq tperangkap dlm dilema ENGINEER, MEDIC or PENDIDIKAN...... akhirnya.... aq buat solat  istikharah buat kesekian kalinya.. setelah menjadi sebati dalam 8 bulan ini... namun, solat sunat kali ini, ada hikmah d sebaliknya... hikmah yg mengubah hidupku...

Pada sujud terakhir, aq skali lagi berdoa, agar tuhan menunjukkan yg terbaik utk aq... then, tetiba terlintas d fikiran.. "YA ALLAH, apakah yg terbaik, medic atau engineer?".. n then this miracle happen....

All of a sudden... mindaku menerawang.... semua kebaikan utk mengambil jalan medic bertali arus masuk ke otakku, bagaikan gelombang, nafasku sesak seketika tatkala memoriku full of MEDIC, hanya utk waktu itu, lantas aq bangun dari sujud, selajur menyambung tahiyyat akhir dan salam....  selesai salam kedua... aq terpana seketika, memikirkan apa yg berlaku td... otakku kembali sedia kala.. namun, aq ingat saat itu, saat d mana, pemikiran aq.. MEMILIH MEDIC UTK MENEMUI JALANNYA YG SEBENAR.... Ya ALLAH...

Itulah petandanya... maka, esok harinya, borang yg aq isi, aq tulis.. PERUBATAN.... dan, hanya kerana satu malam sahaja, aq d cni... MEDIC, dan aq tau, inilah jalannya, ke pintu takdirku... SOLAT ISTIKHARAH... 

Guys, jika anda tersepit d dua realiti berbeza, serahkan semuaNya kepada ILAHI... DIA LEBIH MENGETAHUI... solat istikharah.. insyaALLAH...

P/S : Group 3A, aq dah tunaikan nazar aq... Emmm.. inilah sebabnya...

1 comment:

  1. alhamdulillah :)

    insha'allah jika ini jalannya.

    ReplyDelete